Berbekam..

semalam aku dan my hubby g ke sri andalas klang untuk wat terapi bekam..rasa cuak gak sebab 1st time kan..macam2 aku pikir..sakit ke,banyak darah kuar ke n macam2 lah..hihikk..tapi sebenarnya tak sakit pun..ok jek..bekam ni bagus sebenarnya..sebelum tu aku terangkan cket apa itu bekam ok..

Apa Itu Bekam?

Bekam atau al hijamah adalah satu cara pengubatan yang disukai dan digalakkan oleh Rasulullah SAW untuk ummat Islam. Tujuan bekam adalah untuk mengeluarkan darah yang mengandungi toksid(racun) yang merbahaya dari badan melalui permukaan kulit. Inilah satu cara 'detoksifikasi' yang sesuai dan selamat bagi ummat Islam.


Kebaikan Berbekam
  • Membantu menghilangkan pening dan migrain.
  • Membantu membuang angin dalam badan,melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
  • Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam,Membantu memulihkan ketegangan urat leher,belikat, pinggang dan urat sendi di kaki,
  • Membantu mencegah kebas kaki dan membantu  meredakan serangan angin ahmar.
  • Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan  peredaran darah yang tersumbat
  • Membantu meringankan tubuh. Darah kotor  yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
  • Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur
  • Membuang darah bertoksik.
  • Membuang segala gangguan makhluk halus.

    gambar kat bawah ni time my hubby wat bekam semalam..time aku wat takleh lah nak post kat sini okk... ;))


yang ni plak kesan lepas wat bekam..mau bape hari baru ilang kesan nih..


p/s : dua-dua gambar kat atas ni adalah my hubby ok.. ;))

ok gaklah wat bekam nih..ringan rasa badan..darah aku terlampau banyak asid dan badan aku banyak angin..berbuih-buih darah aku keluar..so aku aku nak teruskan lagi bekam ni untuk 3-4 kali rawatan..perawat bekam ni ada cakap aku ada masalah dengan peranakan.tu yang buat aku masih belum pregnant sampai sekarang..InsyaAllah mudah-mudahan lepas aku wat bekam nih adalah rezeki aku untuk menimang cahaya mata..aku hanya berusaha..yang menentukan segalanya adalah Allah s.w.t..

okey jumpe dilain hari..tata!! ;))


aikk...tgk jek??like n follow lah skali ;)

Best Blogger Tips

Aktiviti Mengisi Masa Lapang... ;))


yehuu...haha!!ujg minggu lepas aku "ter" rajinlah plak nak wat kek..biasalah dok boring2 kat umah so terpikir nak wat kek coklat..kek yang paling senang nak di buat dan lemak berkrim disukai ramai...hahaha!!disebabkan kesedapan kek tu maka my hubby telah request suh wat lagi sekali..so hr rabu aku pun watlah lagik sekali kek cekelat..sayang suami punye pasal tau...kuikuikuii..so ni lah kek coklat yang menjadi idaman ramai tu (wahhh perasan tak ingat ko ieda...)




best tak?best tak?kuikui..resepi nih aku dah wat banyak kali..memang sedap..very moist gituuu...kat sini aku sertakan resepi dia ok..sape2 yang rasa nak wat kek hari ni leh lah cuba resepi nih...bestttt bangat... ;))


KEK COKLAT
  • 2 biji telur
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula perang
  • Bahan A
  • 1 sudu kecil vanila
  • 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
  • 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
  • Bahan B
  • 2 sudu kecil sodium bicarbonate
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 2 cawan tepung gandum
  • ==============================
  • ** Topping **
  • 1/2 cawan koko van hauten
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar minyak masak
Cara-cara
  1. Pukul telur hingga kembang
  2. Masukkan gula dan pukul lagi
  3. Kemudian masukkan minyak masak
  4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
  5. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
  6. Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk..
so selamat mencuba ye kawan-kawan.. :)))




aikk...tgk jek??like n follow lah skali ;)

Best Blogger Tips

sangat sedih dan beratnya hati... ;((((






hiii...korang dah tengok gambar kat atas nih??cantik tak?cantik kan?emmm sebenarnya nilah rumah sewa aku kat melaka..rumah yang sangat-sangat selesa dan sangat-sangatlah memuaskan hati...rumah besar,sewa rumah yang murah,tuan rumah baik hati n sumelah...tapi tulah aku dah tak duduk umah ni dah..aku dah berhijrah ke bukit kemuning shah alam..sebaknya rasa hati nak tinggalkan rumah ni..3tahun aku dan my hubby menyewa tak ada 1 masalah pun yang timbul..sumenye perfect..tersangatlah sedih..best sangat rumah ni..mungkin lepas nih aku tak akan jumpa rumah yang sebaik ini..bayangkan rumah flat kat shah alam nih pun rm400-500 sebulan..puas aku n my hubby merayau cari rumah sewa single story..akhirnya kami jumpa jugak..rumah yang bakal kami sewa nih agak kecik dari umah sewa dimelaka..harga sewa jangan cakaplah..2kali ganda beb..nak tak nak aku terpaksa terima..kadang-kadang aku terfikir mungkin disebabkan sewa rumah yang mahal ramai orang-orang kita jadi kelompok gelandangan..tido dikaki lima,bawah jejantas dan mana tempat-tempat yang boleh mereka tido..kesian kan?yelah..keje pun gaji baru bape..kos sara hidup kat sini sangat tinggi..pastu sewa bilik or umah pun mahal..mana tak ramainye kelompok gelandangan nih...tapi aku bersyukur gak sebab masih mampu nak menyewa rumah kat sini walaupun sewanya agaknya emmm...paham2 jelah ekk..apa-apa pun aku percaya mungkin rezeki kami takde nak dok kat umah sewa melaka ni kan..takpelah..lagipun my hubby dah bercadang 1 hari nanti kami akan beli gak rumah kat melaka..sebab pe..rumah-rumah kat melaka sangatlah puas ati...hahaha.. just menunggu pengesahan jawatan my hubby..nanti bila dah kompom jawatannye sure kami akan survey rumah di area melaka...hihihi...ok bubyee!!


aikk...tgk jek??like n follow lah skali ;)

Best Blogger Tips
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...